EMYJIA

Sunday, 30 June 2019

CARA MENDAFTAR SEBAGAI PRP MALAYSIA (PROVISIONALLY REGISTER PHARMACIST)

Sebelum ini saya agak mamai jugak bila nak mendaftar. Maklum la first time kan….
“Extra info kepada kawan kawan sedang tunggu posting , intake PRP 2019 adalah  FEB, APRIL, JULY , NOVEMBER ”  maklumat diperolehi daripada pihak berkenaan. So sabar ya.


STEP 1 : EXAM FORENSIC PHARMACY MALAYSIA

Peperiksaan kelayakan untuk mengamalkan farmasi, merupakan salah satu syarat untuk pendaftaran sebagai ahli farmasi. Sebenarnya pelajar farmasi tahun tiga , tahun terakhir tahun 4  dan pelajar yang dah bergraduasi dari program yang diiktiraf oleh LFM. So saya selalu advice junior yang tahun 3 dah boleh siap siap bersedia , beli buku forensic, daftar LFM untuk mengambil exam forensic. Exam forensic nie adalah free, cara senang jer download borang dari https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/borang-permohonan-pkumf-april-2017.pdf dan hantar kepada LFM , atleast 2 bulan sebelum exam forensic. Sebab bahagian LFM perlu masa untuk process borang.

Saya study oversea (Jiran Malaysia ja) tiada org inform bahawa kita kena ambik exam dulu baru boleh daftar PRP. Itu pon saya baru diinform bila saya nak daftar LFM hari tu. Terpaksa la saya tunggu beberapa bulan sebab masa sy graduate hari tu dah terlepas dah pendaftaran exam forensic. Rugi jer masa. So kawan kawan jangan mengikut jejak saya.

Click here to read more detail EXAM PHARMACY MALAYSIA (FORENSIC EXAM)


STEP 2 : APPLY PRISMA  

*APA TU PRISMA?*
PRISMA system bawah Lembaga Farmasi untuk dapatkan NO PRP. Dulu kena manually apply, sekarang semua dah tukar online sebab lagi cepat dan jimat masakan. Cara senang jer, SIGN UP FOR NEW USER di link.

*Lepas key in IC , stated not available account??*
SIS/BRO JANGAN GABRA. Sebab this thing happened on me, bila saya nak register, key in IC , invalid la or tidak boleh access. Cold down dulu. Boleh emailkan detail (IC, NAMA, ISSUE..ect) ke email bahagian yg bertanggungjawab , biasa ambik masa 2-3 working day.

Mana nak dapatkan email tu? NAH..ade di website prisma tu. Lupa dah dibahagian mana saya tekan …ada tu ,cari jer… kalo betol x jumpa u email jer terus ke PRISMA.
Awak akan terima satu link dari pihak diorg , and click masuk untuk sign in. Process macam biasa , isi personal detail pastikan bagi maklumat yg benar and contact number/ email yg valid, supaya diorg boleh contact kalo ade apa apa masalah.

*Dalam satu bahagian tu , diorg ade mintak untuk upload sijil sarjana (Version MELAYU tu yg diorg nak) and surat lulus peperiksaan farmasi. SATU LAGI pasti kan dah disahkan oleh pegawai farmasi or perubatan. 
Sekiranya semua document dah lengkap , tunggu dalam sekira-kira 1  minngu , diaorg akan bagi NO PRP.

YEAHHHHH… dgn NO PRP boleh la process ke SPA.


STEP 3 : APPLY SPA8I

Log in SPA81. Pastikan maklumat diiisi semua adalah benar dan valid. Pilih jawatan PEGAWAI FARMASI UF41.
Lepas submit, tunggu saja result. Terserah la semua kepada system.


STEP 4 : EPHARMACIST 

EPHARMACIST system yg hanya terbuka kepada yg terpilih jer, yg terima email dari pihak LFM. Alert dengan email, and update di laman web epharmacist.
Email notifikasi dikeluarkan dalam seminggu sebelum system buka, untuk inform bahawa tarikh dan masa.
INI adalah sangat penting. Seumur hidup saya tidak pernah saya menjejakk kaki ke internet cafe. Tapi demi dapat grab tempat posting yg diimpikan, saya rela
 *Hihi why I make Internet cafe sound like a damn big deal * 
Kononnya speed internet di cafe lagi laju and top. Ending of the story , masih x dapat tempat posting yg di impi impikan. Begitula cerita nya, bukan masalah speed laju or tak laju, masalah saya terblank bila berjaya buka.

Click untuk read more MY EXPERIENCE KENAPA X DAPAT POSTING HOSPITAL YG SAYA NAK




STEP 5 : HANTAR BORANG PRP KE LFM

Borang PRP. Long list tu document yg kena ade, ingat sikit ke , leceh tau nak pergi lembaga , nak beli setem , nak kena matikan setem , nak pemeriksaan badan., nak pergi angkat sumpah lagi.
Yg paling hebat tu, diorg bagi tempoh dalam seminggu jer. Lepas seminggu , document semua kena complete masa ke kem PTM(PHARMACY TRANSFORMASI MINDA). Semua sangat rushing. Lepas PTM di Kuala Lumpur terus start kerja weih. Nasib baik saya muda la , kalo tak, saya rasa saya  boleh dapat heart attack.

STEP 6 : PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Program tranformasi minda ni basically kem untuk bagi exposure basic kepada kita tentang tanggungjawab pegawai kerajaan , banyak speech ni and itu. Stay in 4 days hotel free, makan free, and kenal PRP lain dari hospital lain. Masa tu jugak boleh cari PRP lain yg dapat hospital sama , dah boleh la ajak survey rumah or share transport.

For your information, pada tarikh kita mula Program Tranformasi Minda nie dh kira kita start kerja, gaji dah start jalan dah.
Kawan kawan ingat , pergi tu kena bawa pakaian yg formal, dan satu set baju batik. Saya x de baju batik so I bawa jer baju kurung , pon okay sebab yg nie kena pakai pada hari last masa kita buat performance. Pakaian yg sopan , no short , not sandal, no ketat ketat or seksi seksi. Lelaki kena baju formal office and pant hitam, ingat untuk bawa tie yer. Baju sport yg dibenarkan ade la yg berkolar, seluar sukan , kasut sukan .

Ade exam end of PTM , tapi chill chill jer no worry. 

*Belanja perjalanan utk pergi kem (Biasa hotel di area KL) contoh nya , grab , taxi , bus, petrol , or flight (utk yg jauh Penang or Sabah Sarawak) kena simpan receipt/ proof, nanti boleh claimed untk kos perjalanan nanti * Hari tu saya x claim pon sebab tiada yg bagi tau, rugi jer kan. Nie say dh bagi tau so korang jangan nanti x claim pulak.


STEP 7 : JOM KITA START PRP ^....^


NEXT : PRP LIFE IS S**KS? LEAVING MY HOME TO MY HOSPITAL ..BEAUTIFUL PLACE SURROUNDING WITH GORGEOUS ISLAND. WHAT IS AWAITING ME THERE ? STAY TUNE ..... 


CLICK LINK BELOW :



Friday, 28 June 2019

PENGALAMAN PILIH HOSPITAL POSTING MALAYSIA PRP

EPHARMACIST system yg hanya terbuka kepada yg terpilih jer, yg terima email dari pihak LFM. Alert dengan email, and update di laman web epharmacist.

MY EXPERIENCE TELLING THIS STORY

Email notifikasi dikeluarkan dalam seminggu sebelum system buka, untuk inform bahawa tarikh dan masa.
Ini adalah sangat penting. Seumur hidup saya tidak pernah saya menjejak kaki ke internet cafe. Tapi demi dapat grab tempat posting yg diimpikan, saya rela *Hihi why I make Internet cafe sound like a damn big deal * 

Kononnya speed internet di cafe lagi laju and top. Ending of the story , masih x dapat tempat posting yg di impi impikan. Begitula cerita nya, bukan masalah speed laju or tak laju, masalah saya terblank bila berjaya buka.

Saya buka jer ,nampak ade button setiap negeri. 1st first , saya buka la Kuala Lumpur, ade lagi beberapa kekosong di KK cheras, ,Hospital Cheras Rehab, Hospital SG buluh, Hospital Seremban. 

“Tak nak la KK, saya nak Hospital Ampang ke, Hospital Klang ke…Hospital….yg top 5 dalam hati saya”. Masa tu hati saya amboi bukan main sombong lagi .

Lemah semangat sikit sebab Hospital Top 5 pun tiada yg kosong. Tengok jam pada screen baru 12.01pm, 2 minutes jer system buka tak kan la cepat sangat habis or Hospital yg tiada kekosongan. Saya pon tekan negeri Pahang, boleh bayang tak sebesar besar Pahang satu jer hospital yg ada kekosongan , Hospital Temerloh. Itu pon satu saja kekosongan. Hari tu saya pergi Hospital Temerloh kot, banyak giler patient, farmasi sibuk nak mampus, satu jer kekosongan?? !! 

Hospital Temerloh elok jugak la, dh la ekat dengan rumah, pastu mami pernah bagi perintah ”Sekira anakku pilih di Hospital Temerloh , maka saya akan mengizinkan dia membawa MYVI saya (tua and buruk) untuk pergi kerja” Saya terwaswas bila tekan tu.  Saya memang ada niat nak jauh dari rumah pon, sebab nak bagi family rindu sikit hihih.
Tekan butang “PILIH”
Sekali lagi satu box popped out “Comfirm Hospital Temerloh”
Beberapa saat sel otak saya bertengkar antara satu sama lain. Akhirnya….Saya pun TEKAN!!!!!!

“Maaf kekosongan di Hospital Temerloh sudah habis.”
"WTH.......wth.....wth.....wth....wth....!!
Tengah hari : 12.10pm (10minutes system epharmacist buka)
Saya buka balik Kuala Lumpur, dengan niat pilih saja mana mana yang ade.

“HUH???Habis ? "Saya dah start gelabah dah. “Okay tak pe kita try negeri lain” suara hati saya cuma untuk menenang kan tuan dia. 

Kelantan..Terengganu…Melaka…Perak ….Johor…semua habis. Sakit terus kepala saya. Pepatah kata “APA YG KAU TAK NAK , TU LA YG KAU DAPAT”.Saya buka list kekosongan yg masih available. SABAH dan SARAWAK SAJA.

Handphone di sebelah keep ringing “Daddy incoming call” 
Take a real deep breath, picked up my dad’s call.
“How was the result? Which hospital u get? 
“Dad, I just wanna give u a hint that I might end up choosing somewhere far. Just get ur mind prepared” 
“Any thing would be fine as long as not Sabah and Sarawak.” 
“................." me speechless

Saya non stop spamming kawan kawan saya tanya pendapat dia. My BFF yg dari Sabah dia bagi cadangan Hospital Queen Elizeberth 1 or 2. Alasan dia dekat dengan rumah dia, so senang nak lepak bila balik nanti.  Darah tinggi jugak saya. Tapi tengok bilangan number kekosongan hospital semakin menurunkan,  gelabah saya.

Accept ke ? Postpone? Kalo postponed , nanti kena tunggu lagi. (Adinda tidak sangguh lagi membazirkan masa emas )adinda Macam mane kalo x dapet jugak semenanjung? Macam mane kalo sama jer ? Rugi la tunggu 3 bulan lagi kan. Takut nanti pilih pilih dapat yg jauh lagi, dapat di ulu ulu Pendalaman Sabah or Sarawak. Sekarang atleast la ada lagi hospital yg bandar bandar.”
*PEJAM MATA* Tekan double click. 

- Tahniah , Penempatan Pegawai Farmasi UF 41 di Hospital Queen Elizerberth 1, Sabah -

Sepatutnya happy sebab setelah hampir 8 bulan , akhirnya bukan lagi pekerja tanam anggur(Pengangur). Malah tidak dapat saya , tidah dapat saya accept reality yg kejam ini.

LESSON OF THE STORY : KENA CEPAT BILA PILIH POSTING, JGN IKUT JEJAK SAYA.


Saturday, 22 June 2019

TIPS UNTUK LULUS PEPERIKSAAN FARMASI MALAYSIA

EXAM FORENSIC PHARMACY MALAYSIA
PEPERIKSAAN KELAYAKAN FARMASI MALAYSIA

Peperiksaan kelayakan untuk mengamalkan farmasi, merupakan salah satu syarat untuk pendaftaran sebagai ahli farmasi. Sebenarnya pelajar farmasi tahun tiga , tahun terakhir tahun 4  dan pelajar yang dah bergraduasi dari program yang diiktiraf oleh LFM.

Untuk list program farmasi dalam negara and luar negara yg diiktiraf oleh LFM boleh merujuk kepada https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-ijazah-farmasi-diiktiraf-lembaga-farmasi-malaysia.html

So saya selalu advice junior yang tahun 3 dah boleh siap siap bersedia , beli buku forensic, daftar LFM untuk mengambil exam forensic. Exam forensic nie adalah free, cara senang jer download borang dari https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/borang-permohonan-pkumf-april-2017.pdf dan hantar kepada LFM , atleast 2 bulan sebelum exam forensic. Sebab bahagian LFM perlu masa untuk process borang.

Saya study oversea (Jiran Malaysia ja) tiada org inform bahawa kita kena ambik exam dulu baru boleh daftar PRP. Itu pon saya baru diinform bila saya nak daftar LFM hari tu. Terpaksa la saya tunggu beberapa bulan sebab masa sy graduate hari tu dah terlepas dah pendaftaran exam forensic. Rugi jer masa. So kawan kawan jangan mengikut jejak saya.


Format Peperiksaan : 
- 100 soalan Multiple Choice Question dalam bentuk open book. 
- Tempoh jawab soalan dalam tempoh 3 jam 30 minutes 
- System minus mark (0.25 ditolak bagi setiap jawapan yg salah), tapi bagi soalan yang tidak dijawab tiada markah yg akan ditolak.


TIPS UNTUK LULUS PEPERIKSAAN KELAYAKAN MENGAMAL FARMASI

Berdasarkan experience saya, nak lulus peperiksaan ni sebenarnya senang jer sebab peperiksaan ni adalah open book. 

1 . CEPAT DAN TEPAT. Tidak perlu untuk hafal buku tu, hanya perlu tahu mana nak dapatkan informasi dengan cepat. Can try to scan through whole book so awak boleh agak agak kandungan dia. Caranya adalah dengan tandakan setiap bab dengan label or sticky label supaya senang dan cepat nak selak. 

2. JAWAB DENGAN SMART. Kalo rasa soalan yg terlalu complicated , mungkin ambik masa lama untuk cari baik bulatkan dulu. Jawab yg mana yg senang , soalan straight forward sikit. Lepas habis jawab baru selak balik yg mana awk tanda tu.
Soalan forensic exam nie jahat sikt , dia tricky. 

3. TELITI. Sebab mungkin ayat yg sama tapi tertukar satu perkataan boleh tukat maksud seluruh ayat. Yg paling common diorg tukar adalah farmasi berdaftar dengan farmasi berlesen. Perkatan dua ni berbezaan sangat besar. So kena berhati hati , teliti , baca ayat tu sebutir demi sebutir.


CAREFUL CAREFUL and CAREFUL.


4.  JAWAB BIAR BETUL, SALAH BAIK TAK JAWAB. Satu lagi tip, kalau tiada 100% gengaman pasti jawapan betul untuk soalan itu betul, daripada kena tolak markah sebab salah jawaban baik jangan jawab.
Yang nie berdasarkan kiraan saya cara dapatkan markah lulus 50%. Atleast kena jawab 60 soalan yang awak yakin betul. Dalam 60 soalan tu, awk cuma dibenarkan salah  8 soalan jer. 

  • SUPAYA TOTAL MARKAH STILL 50% 
Dalam 60 soalan : (Jawapan Betul x 52 soalan ) 52% - (Jawapan Salah x 8 soalan ) 2% = 50 %
Tapi sebaiknya jawab sebanyak yg mungkin, jawab lebih dari 65  soalan dan ke atas , soalan yg yakin betul sahaja. MEMANG DAH BOLEH GUARANTEEE LULUS LA BRO AND SIS.

*Method ini tidak apply kepada yg tidak boleh jawab min 52 soalan yg yakin betol.

5. SUSUNAN SOALAN Satu lagi , soalan dalam exam forensic adalah tersusun. Yg saya maksudkan adalah, soalan akan ikut buku contoh 1 -30 adalah Malaysian Laws , 31 -60 Dangerous Drug Act 1952..etc. Jangan dh mention soalan dari Dangerous Drug ACt 1952, pastu sibuk pulak awak nak pergi selak Good Governance for Medicine. Kalo betul tak jumpa skip jer, kemungkinan cuma satu

“Jawapan mesti dalam buku , awak yg tak jumpa"

6. BUAT PASS YEAR. PALING PENTING ,PALING BERKESAN, BANYAK MEMBANTU. Buat soalan pass year,  try dapatkan dari senior/ kawan kawan yg baru habis exam ka. 
Sorry kalo saya kadang kadang lambat reply, maklum la PRP life teribble and micerable. 

Cadangan saya, awk baca dulu , buat label dah pastu boleh try practise speed awk buat pass year. Boleh set timer tengok berapa lama digunakan untuk satu soalan. 3 jam 30 minutes untuk 100 MCQ, agak agak 1 question dalam 2 -3 minutes. Awak kena set masa supaya jangan membazirkan terlalu banyak masa pada satu soalan. 
Satu lagi, bila jawab pass year awak boleh agak agak pattern soalan tu and cara jawab. Ada senior yg bagitau mungkin ade soalan repeat dari pass year akan keluar. Tapi masa sy exam hari tu ade beberapa soalan dari pass year , tak banyak pon, agak agak dalam 2 -4 soalan jer. 


*******************************************

Rujukan Untuk Peperiksaan  
1. Malaysian Laws on Poison Sale of Drug 
2. Dangerous Drug Act 1952 
3. Code of Conduct for Pharmacists and Bodies Corporate 
4. Malaysian National Medicine Policy 2012 
5. Good Governance for Medicine

Antara 5 buku nie, yg paling penting adalah Malaysian Laws on Poison Sale of Drug and Dangerous Drug Act 1952. 2 buku nie yg banyak diaorg tanya. 

Kalo korang nak tanya pendapat saya, kena ke beli 5 buku tu. Bagi saya yg 2 buku tu boleh beli , yg lain boleh download jer dari internet. Ingat , jangan try tangan gatal pergi conteng buku or buat note kecik dlm buku. Masa saya exam hari tu, ada syarat bahawa buku yg bawak masuk ke dewan peperiksaan kena yg bersih dan tiada contengan. Sy ade highlight sikit tapi leps jer la, tak pasti pulak regulation sekarang. Baik double comfirm dengan yg baru habis exam hari tu.

Lembaga Farmasi ade tutorial sehari utk ajar tips untuk jawab soalan, seorang kena bayar x silap saya RM 100++. Saya tak pergi la tutorial tu sebab saya ade part time hari. Tapi feedback dari kawan kata sebenarnya diaorg ajarla sikit cara jawab , tip menjawab, ade section jawab soalan pass year. Kawan saya kata okay la, x ingat sangat apa yg dia ceramah panjang didepan , tapi slide yg dia bagi masa tutorial tu sangat berguna.


Saya x pergi pon tutorial tapi dengan 6 tips di atas , saya boleh lulus ^...^ (Walaopun masa tu saya kerja part time di Hospital private, shift malam lagi tu) Conclusion, saya BOLEH, and saya pasti kawan kawan pon boleh asal korg ade effort, kena rajin buat pass year and practice speed jawab, and kena berhati hati.

BIAR CEPAT AND TEPAT !!!!!

Jangan stress mai senyum sikit

Harap tips nie membantu kawan kawan. Mana la tau kan nanti dapat posting PRP di tempat saya, boleh la saya berlagak senior nak buli lah sikit *hihi*