EMYJIA

Monday, 6 November 2017

SPM 10 A # Luahan hati pelajar Straight A SPM # Result gempak tapi …

Straight A , 8 A+ and 2 A  betapa bangganya orang tua. Bila dapat jer result , air mata memang tak tertahan ,mengalir terus, rasa segala usaha selama 2 tahun nie memang terbalas dengan sekeping kertas di tangan.


Mesti korang fikir, wahh hebat nya result, gempak nya result. Mesti calon calon yg dapat scholarship, dapat sambung belajar ker luar negara ni.
Hakikatnya , semuanya itu terbalik. Cikgu cikgu semua simpan harapan tinggi terhadap saya , begitu jugak saya. Memang terbayang bayang melanjutkan pelajaran ke menara gading luar negara, menunaikan hasrat saya sebagai seorang doctor specialist jantung.

**********************************************************
TAPI. SEMUANYA TIDAK SEKALI TERJADI KE ATAS SAYA.
**********************************************************
Saya apply untuk berbagai bagai scholarship(Scholarship Petronas – Geoscience engineering , Scholarship JPA – Engineering (Germany ),  Maybank (CAT-ACCA), Sunway University (Scholarship)dan ke semua interview. Ternyata Scholarship Busary , hanya untuk pelajar 9 A+ jer, saya tidak memenuhi syarat (8A+ 2 A) Saya dapat tawaran dari Maybank utk sambung dalam accounting, tapi saya tolak sebab tidak minat. Yang lain takde feedback apa apa. 

Result kemasukan matrikulasi umum, nama saya tidak tertentera dalam list , saya buat rayuan untuk kemasukan kali kedua. Tetap tidak diterima. Lihat kawan-kawan lain yang diterima tetapi masih teragak gak untuk masuk ke matrikulasi , saya nangis semalaman dalam bilik.

Semakan kemasukan ke UPU , sekali lagi nama saya tidak terlist dalam senarai. Saya jugak pelik , mungkin saya isi , tapi tidak terapply atau tidak tersend application dalam system computer. Dugaan hidup.

Saya bersembunyi bawah selimut , nangis. Sebab tak nak orang tua risao. Mungkin saya jealous, mungkin jugak  saya rasa tidak adil. Saya tak puas hati, saya geram , saya sedih. Saya kecewa dengan diri saya, sebab tidak mampu melakukan apa apa.


Bukan saya nak kecil hati , tapi kawan saya yang result tidak sebagus saya, English tidak selancar mana, selalu mengambik sambil lewa , semua mendapat tempat di universiti kerajaan yang saya impikan, scholarship ke luar negara, scholarship sambung dalam bidang medical (doctor).

Saya redha jer. Saya selalu menyedap kan hati sendiri, mungkin ada lain yang lagi memerlukan scholarship itu, mungkin saya tidak secemerlang yang lain, mungkin kuota itu terhad, mungkin Tuhan sedang menguji saya, mungkin tidak sesuai dengan bidang engineer, mungkin bukan rezeki saya….mungkin..mungkin..mungkin.

******************

Oleh kerana saya dh gelisha , sebab kawan kawan semua dh sambung belajar. Saya terima surat tawaran dari UNIKL RCMP bahawa saya dapat tempat dalam diploma farmasi.
“Wooow, Farmasi kot, macam best jer. Tak jadi doctor , jadi farmasi pon okay.” Bisik dalam hati.

 Masa nak masuk tu , banyak jugak buat survey. Dengar kata ,diploma farmasi ini nanti dapat credit transfer bila sambung bachelor nanti. Dengar kata UNIKL nie ade loan , tapi kalao belajar pandai nanti dapat convert loan jadi scholarship. Dengar kata diploma ini nanti boleh memudahkan lagi bila nak memohon bachelor atau doctor atau dentist atau vet di government university nanti. (Memang ade hasrat pon nk sambung kat government sebab tuition fee dia murah, tak nak beban kan mak ayah)

SEMUA YG DENGAR KATA TU, memang tak boleh percaya langsung.

#Tahun saya masuk, lembaga farmasi keluar notis, requirement ditingkatkan diploma farmasi nak sambung bachelor farmasi kena spm semua B (bio, phys, chemistry , math, add math and bahasa melayu), MUET Band 4, CGPA kena 3.8 ke atas. *OKAY*   

# Diploma nie tak boleh credit transfer , mean 3 tahun diploma + bachelor 4 tahun. Aduihhh 7 tahun belajar, menbazirkan masa dan wang. Tiada pengurangan tahun.

# Diploma nie bukan memudahkan kemasukan ke government university , tapi sebaliknya menyukarkan jalan ke arah bidang medical nie. Untuk pengetahuan anda, government universiti (UKM, UM, USM, UIAM...)tak terima budak budak diploma masuk ke dalam program bachelor farmasi, doctor, medical, vet , dentist. Alasan diaorg, diorg akan mendahului budak matrikulasi , foundation, asasi universiti diaorg dulu. . UITM jer yg terima budak diploma farmasi dalam bachelor farmasi , tapi dengan syarat bumiputera. Kuota memang dah terhad, pastu nak saing pulak dengan matrikulasi, asasi, foundation, semua. 

#Rupa- rupanya , loan memang boleh convert ke scholarship , dengan syarat bumiputera sahaja(MARA Loan). So, saya pon apply la PTPTN loan. Harap dapat di convert jadi scholarship kalao dapat 4 flat.

#Mana la tau , ptpn boleh jadi scholarship dengan syarat ambik program bachelor atau master atau phD. *Sorry ya diploma tak boleh apply* 

Apa guna nya dapat CGPA 3.93 tapi tak dapat apa apa pon.

Memang saya menyesal sangat sebab masuk ke  diploma ni. Tapi saya tidak salah kan siapa-siapa , sebab ini keputusan saya .

******************************
”Saya menghargai pengajaran ini”
*******************************

Kadang- kadang saya terfikir jugak. Kalao la saya tidak masuk diploma, kalao saya masuk ke foundation/ A level/ Asasi/ Matrikulasi , mesti jalan saya akan berbeza kan. Mungkin saya dah graduate , mungkin saya dapat full scholarship , mungkin saya dapat jadi seorang doctor.


 ****************

Bersyukur , kini saya sambung belajar ke Institute Teknologi Bandung, Indonesia untuk menunaikan impian saya menjadi seorang Pegawai Farmasi. #BACHELOR PHARMACY

Saya berjanji dengan diri sendiri , tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa depan nanti. Hidup ini penuh dengan pilihan , tapi saya akan lebih teliti mengambil segala keputusan.

Sekarang saya dah set target saya untuk belajar rajin , bukan untuk CGPA, tapi saya ingin menjadi seorg farmasi yang bertanggungjawab untuk diri dan semua patient saya.  

TERIMA KASIH KERANA SANGGUP MENDENGAR LUAHAN HATI SEORANG PELAJAR YANG KESAL DENGAN PILIHAN / KEPUTUSAN 

No comments:

Post a Comment