TRANSLATION

Sunday 30 June 2019

CARA MENDAFTAR SEBAGAI PRP MALAYSIA (PROVISIONALLY REGISTER PHARMACIST)

Sebelum ini saya agak mamai jugak bila nak mendaftar. Maklum la first time kan….
“Extra info kepada kawan kawan sedang tunggu posting , intake PRP 2019 adalah  FEB, APRIL, JULY , NOVEMBER ”  maklumat diperolehi daripada pihak berkenaan. So sabar ya.


STEP 1 : EXAM FORENSIC PHARMACY MALAYSIA

Peperiksaan kelayakan untuk mengamalkan farmasi, merupakan salah satu syarat untuk pendaftaran sebagai ahli farmasi. Sebenarnya pelajar farmasi tahun tiga , tahun terakhir tahun 4  dan pelajar yang dah bergraduasi dari program yang diiktiraf oleh LFM. So saya selalu advice junior yang tahun 3 dah boleh siap siap bersedia , beli buku forensic, daftar LFM untuk mengambil exam forensic. Exam forensic nie adalah free, cara senang jer download borang dari https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/borang-permohonan-pkumf-april-2017.pdf dan hantar kepada LFM , atleast 2 bulan sebelum exam forensic. Sebab bahagian LFM perlu masa untuk process borang.

Saya study oversea (Jiran Malaysia ja) tiada org inform bahawa kita kena ambik exam dulu baru boleh daftar PRP. Itu pon saya baru diinform bila saya nak daftar LFM hari tu. Terpaksa la saya tunggu beberapa bulan sebab masa sy graduate hari tu dah terlepas dah pendaftaran exam forensic. Rugi jer masa. So kawan kawan jangan mengikut jejak saya.

Click here to read more detail EXAM PHARMACY MALAYSIA (FORENSIC EXAM)


STEP 2 : APPLY PRISMA  

*APA TU PRISMA?*
PRISMA system bawah Lembaga Farmasi untuk dapatkan NO PRP. Dulu kena manually apply, sekarang semua dah tukar online sebab lagi cepat dan jimat masakan. Cara senang jer, SIGN UP FOR NEW USER di link.

*Lepas key in IC , stated not available account??*
SIS/BRO JANGAN GABRA. Sebab this thing happened on me, bila saya nak register, key in IC , invalid la or tidak boleh access. Cold down dulu. Boleh emailkan detail (IC, NAMA, ISSUE..ect) ke email bahagian yg bertanggungjawab , biasa ambik masa 2-3 working day.

Mana nak dapatkan email tu? NAH..ade di website prisma tu. Lupa dah dibahagian mana saya tekan …ada tu ,cari jer… kalo betol x jumpa u email jer terus ke PRISMA.
Awak akan terima satu link dari pihak diorg , and click masuk untuk sign in. Process macam biasa , isi personal detail pastikan bagi maklumat yg benar and contact number/ email yg valid, supaya diorg boleh contact kalo ade apa apa masalah.

*Dalam satu bahagian tu , diorg ade mintak untuk upload sijil sarjana (Version MELAYU tu yg diorg nak) and surat lulus peperiksaan farmasi. SATU LAGI pasti kan dah disahkan oleh pegawai farmasi or perubatan. 
Sekiranya semua document dah lengkap , tunggu dalam sekira-kira 1  minngu , diaorg akan bagi NO PRP.

YEAHHHHH… dgn NO PRP boleh la process ke SPA.


STEP 3 : APPLY SPA8I

Log in SPA81. Pastikan maklumat diiisi semua adalah benar dan valid. Pilih jawatan PEGAWAI FARMASI UF41.
Lepas submit, tunggu saja result. Terserah la semua kepada system.


STEP 4 : EPHARMACIST 

EPHARMACIST system yg hanya terbuka kepada yg terpilih jer, yg terima email dari pihak LFM. Alert dengan email, and update di laman web epharmacist.
Email notifikasi dikeluarkan dalam seminggu sebelum system buka, untuk inform bahawa tarikh dan masa.
INI adalah sangat penting. Seumur hidup saya tidak pernah saya menjejakk kaki ke internet cafe. Tapi demi dapat grab tempat posting yg diimpikan, saya rela
 *Hihi why I make Internet cafe sound like a damn big deal * 
Kononnya speed internet di cafe lagi laju and top. Ending of the story , masih x dapat tempat posting yg di impi impikan. Begitula cerita nya, bukan masalah speed laju or tak laju, masalah saya terblank bila berjaya buka.

Click untuk read more MY EXPERIENCE KENAPA X DAPAT POSTING HOSPITAL YG SAYA NAK




STEP 5 : HANTAR BORANG PRP KE LFM

Borang PRP. Long list tu document yg kena ade, ingat sikit ke , leceh tau nak pergi lembaga , nak beli setem , nak kena matikan setem , nak pemeriksaan badan., nak pergi angkat sumpah lagi.
Yg paling hebat tu, diorg bagi tempoh dalam seminggu jer. Lepas seminggu , document semua kena complete masa ke kem PTM(PHARMACY TRANSFORMASI MINDA). Semua sangat rushing. Lepas PTM di Kuala Lumpur terus start kerja weih. Nasib baik saya muda la , kalo tak, saya rasa saya  boleh dapat heart attack.

STEP 6 : PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Program tranformasi minda ni basically kem untuk bagi exposure basic kepada kita tentang tanggungjawab pegawai kerajaan , banyak speech ni and itu. Stay in 4 days hotel free, makan free, and kenal PRP lain dari hospital lain. Masa tu jugak boleh cari PRP lain yg dapat hospital sama , dah boleh la ajak survey rumah or share transport.

For your information, pada tarikh kita mula Program Tranformasi Minda nie dh kira kita start kerja, gaji dah start jalan dah.
Kawan kawan ingat , pergi tu kena bawa pakaian yg formal, dan satu set baju batik. Saya x de baju batik so I bawa jer baju kurung , pon okay sebab yg nie kena pakai pada hari last masa kita buat performance. Pakaian yg sopan , no short , not sandal, no ketat ketat or seksi seksi. Lelaki kena baju formal office and pant hitam, ingat untuk bawa tie yer. Baju sport yg dibenarkan ade la yg berkolar, seluar sukan , kasut sukan .

Ade exam end of PTM , tapi chill chill jer no worry. 

*Belanja perjalanan utk pergi kem (Biasa hotel di area KL) contoh nya , grab , taxi , bus, petrol , or flight (utk yg jauh Penang or Sabah Sarawak) kena simpan receipt/ proof, nanti boleh claimed untk kos perjalanan nanti * Hari tu saya x claim pon sebab tiada yg bagi tau, rugi jer kan. Nie say dh bagi tau so korang jangan nanti x claim pulak.


STEP 7 : JOM KITA START PRP ^....^


NEXT : PRP LIFE IS S**KS? LEAVING MY HOME TO MY HOSPITAL ..BEAUTIFUL PLACE SURROUNDING WITH GORGEOUS ISLAND. WHAT IS AWAITING ME THERE ? STAY TUNE ..... 


CLICK LINK BELOW :



17 comments:

Unknown said...

hell0 & hai kak, saya baru grad dari universiti
... saya ingin minta tips daripada kakak macam mana
nak lulus exam forensik pharmacy...

HY said...
This comment has been removed by the author.
HY said...

Hi, may i know where can i check the dateline of application for prp ? and also the information about the intake of prp?

PS said...

Hi, boleh saya tanya jika kita ada duration yang kita boleh bersedia selepas PTM?

Unknown said...

Assalamualaikum, nak tanya, saya dah apply nombor prp setahun lebih yg lepas tp atas beberapa faktor dan kekangan, saya masih tak jalani latihan prp. Jd kalau tak silap saya nombor prp saya dah expired sbb lebih setahun. Saya try buka prisma utk apply nombor prp semula. Tp saya tgk nombor prp sy yg lama status masih active. Dan saya tak tahu mcm mana nak re-apply nombor prp. Boleh bantu saya? Terima kasih

Anonymous said...

Hi! Just want to ask. Kalau isi prisma, then dia naik ic invalid, pastu kita kena isi yang helpdesk tu kan? Once dah dapat email dari prisma tu, kita kena reach ke email dekat org yg dalam email prisma tu ke?

Apa fungsi no tiket yang dia bagi tu?

PS said...

Hello.
May I know the procedure to apply on SPA website?
And what's the difference between pegawai farmasi gred U41 and UF41?
Thank you

Mun Yen said...

Hi, may I know how long did it take for your SPA to get approved?
p.s. Thank you for this informative blogpost :)

Emyjia said...

Sorry cause I was busy with my work, dint open my blog for quite some time.
FOR HY, U can check the date of prp intake from official website PRISMA , or U can follow the FB group MALAYSIA PHARMACY GRADUATES- INFO SHARING CORNER. This is very useful group, with latest update regarding PRP, FRp , sometimes some vacancy advertisement. Also can find useful tips.

Emyjia said...

Reply Unknown: Number PRP itu dia valid untuk setahun , if ur prp number masih valid maybe can jus proceed to apply SPA.

Reply PS : Procedure apply SPA , kena log in SPA create your account , pastikan u dah dpt PRP number baru boleh apply =) Untuk pegawai farmasi prp adalah UF 41 , itu adalah gred bila makin lama gred akan naik ke UF 44, UF 48...ect. Kalo utk penolong pegawai itu adalah starting dgn gred UF29.

Reply MUn yee: I waited for 8 months for my SPA. Depend on the vacancy available and there was intake open every few months. But due to covid , I think intake PRP was postponed. SO it also depend on the pending of waiting list. Normally SPA will open by batch, u can join the facebook group in fb/ or prisma for latest update from time to time.

Anonymous said...

Hi, thanks for the informative blogpost! I was wondering how hard it is to secure a PRP posting in government hospital within Selangor/KL area?

Another question I have is: If let's say you manage to secure a place in the hospital you want but cannot attend for that intake, can you postpone the PRP to the next available intake with the original hospital you got in the first place?

Thank you!

Emyjia said...

U can check epharmacist website from time to time, or i think the most convenient is following the facebook page "Malaysia Pharmacy Graduates-Info Sharing Corner " u can search for ur prp mate there too and job vacancy sometimes

Emyjia said...

Sbenarnya sebaik saja start ptm consider start service. Mean habis saja ptm terus masuk kerja sudah, contoh minggu ni Ptm, then next week kena mask kerja sudah

Emyjia said...

I m not sure. But as I remember last time I have only one option for pegawai farmasi uf 41 jer

Emyjia said...

It's(posting within semenanjung)gone in blink of eyes. The answer is another prp will take ur place and u need to try ur luck again on the next intake. So there was Prp postponed few of his posting, and still end up not getting the hospital he want.

farzana abdul razak said...

Hi saya nak tanya..untuk surat lulus peperiksaan farmasi tu kan, kena sahkan jugak ke? Terima kasih

Anonymous said...

Hi,nak Tanya kalau nak masuk community pharmacy macam mana nak apply ya?steps yang sama ke?